'Jangan politikkan isu dadah, peningkatan penagih salah Kelantan kah? - Exco

Laporan Sinar Harian pada Selasa. (Zamakhshari Muhamad)
Laporan Sinar Harian pada Selasa. (Zamakhshari Muhamad)
A
A
A

KOTA BHARU - Semua pihak diminta supaya tidak mempolitikkan isu dadah terutama melibatkan Kelantan.

Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Zamakhshari Muhamad berkata, ini kerana berdasarkan data dari tahun 2018 hingga 2024, jumlah penagih dadah meningkat sehingga hampir 50 peratus di seluruh negeri.

"Sebut sahaja dadah, orang nampak Kelantan sedangkan berdasarkan data dari tahun 2018 hingga 2024 jumlah penagih dadah meningkat sehingga hampir 50 peratus di seluruh negara. Salah Kelantan kah?.

"Jika bercakap tentang peningkatan penagih dadah di Malaysia, Kelantan bukan tertinggi.

"Perbandingan dari segi peningkatan secara asasnya di peringkat nasional pada tahun 2018 seramai 130,788 penagih manakala 192,853 pada tahun 2024," katanya semasa sesi penggulungan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini pada Rabu.

Zamakhshari yang Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) negeri memberitahu, Kelantan hanya mencatatkan peningkatan penagih dadah 43.48 peratus berbanding negeri lain.

"Johor mengalami peningkatan 73.5 peratus iaitu 12,313 penagih pada 2018 manakala 21,366 pada 2024.

"Selangor pula meningkat 71.68 peratus iaitu 14,743 penagih pada 2018 manakala 25,338 penagih pada 2024. Pulau Pinang meningkat 59 peratus iaitu 9,084 pada 2018 manakala 14,425 penagih pada 2024.

Artikel Berkaitan:

"Melihat kepada data tersebut siapa sebenarnya bertanggungjawab. Kalau kita bercakap tentang kegagalan menangani isu dadah, siapa sebenarnya gagal?," katanya.

Sinar Harian melaporkan Kelantan muncul negeri yang mencatatkan kadar penyalahgunaan dadah tertinggi di negara ini dengan statistik menunjukkan 1,130 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Statistik tersebut meletakkan negeri itu di tangga pertama diikuti oleh Terengganu (914 kes), Perlis (965 kes), dan Kedah (898 kes).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sebanyak 192,857 kes penyalahgunaan dadah telah direkodkan di seluruh negara pada tahun 2024.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!