[VIDEO] Pak guard tidur atas papan nipis

A
A
A

MELAKA - Tidur beralaskan papan nipis selain penyediaan makanan di atas lantai yang dihadapi sekumpulan pekerja pengawal keselamatan warga asing berjaya dibongkarkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dalam operasi gaji minimum di Plaza Mahkota di sini pada Selasa.

Dalam serbuan jam 11.30 pagi itu, JTK mendapati premis yang didiami seramai 11 pekerja warga asing itu dalam keadaan daif dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihaknya.

Ketua Pengarah JTK, Kamal Pardi berkata, tindakan majikan syarikat kawalan keselamatan yang beralamat di Kuala Lumpur itu bukan sahaja gagal menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk pekerja malah boleh mengaibkan nama baik negara.

Kamal menunjukkan tempat tidur pekerja yang hanya beralaskan papan nipis.
Kamal menunjukkan tempat tidur pekerja yang hanya beralaskan papan nipis.

"Hasil pemeriksaan mendapati majikan itu tidak membuat permohonan perakuan penginapan terhadap pekerja dan ini merupakan kesalahan di bawah Seksyen 24D Akta 446 selain Peraturan-peraturan standard minimum perumahan, penginapan dan kemudahan pekerja (penginapan dan penginapan berpusat) 2020.

"Kesalahan yang dilakukan jelas menunjukkan pengabaian pekerja dan setiap satu kesalahan boleh dikenakan kompaun tidak melebihi RM50,000 yang sepatutnya perlu dipatuhi seperti penyediaan tilam setebal empat inci, almari dan tempat memasak yang kondusif.

"Tapi semua itu tidak ada, dengan wayar berselirat, di atas lantai, besi katil yang dijadikan stor meletakkan perkakas dapur yang mana kita boleh dakwa mereka di bawah seksyen ituu," katanya ketika mengetuai operasi itu di Plaza Mahkota, Banda Hilir di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Keadaan tempat tinggal yang didiami 11 pekerja pengawal keselamatan warga asing di Plaza Mahkota.
Keadaan tempat tinggal yang didiami 11 pekerja pengawal keselamatan warga asing di Plaza Mahkota.

Jelasnya, premis berkenaan dijadikan tempat penginapan pekerja terbabit sejak tahun lalu dan lebih menyedihkan, ada pekerja terpaksa membeli sendiri tilam untuk tidur.

Selain itu beliau berkata, majikan syarikat terbabit turut berdepan tindakan kerana gagal membayar gaji minimum RM1,700 seperti yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955 (Akta 265).

Besi katil yang dijadikan tempat meletakkan peralatan dapur.
Besi katil yang dijadikan tempat meletakkan peralatan dapur.

"Apa yang berlaku boleh menjejaskan imej Malaysia, terutamanya dalam kalangan pekerja asing yang mungkin akan menyebarkan gambaran buruk tentang negara kita.

"Bila mereka pulang ke negara asal, mereka mungkin bawa cerita buruk mengenai layanan di sini dan keadaan yang berlaku," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!