Tak lepas potong kenderaan, pelajar maut kemalangan

Mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan Perodua Viva dalam kejadian di Kilometer 21 Jalan Beaufort-Menumbok di Kampung Nukahan, Beaufort.
Mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan Perodua Viva dalam kejadian di Kilometer 21 Jalan Beaufort-Menumbok di Kampung Nukahan, Beaufort.
A
A
A

BEAUFORT - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 21 Jalan Beaufort-Menumbok di Kampung Nukahan, di sini pada petang Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Awang Muhamad Shahrizwan Abdullah yang juga pelajar Tingkatan Empat disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Wong Leong Meng berkata, kemalangan melibatkan motosikal jenis Honda EX-5 dan sebuah kereta jenis Perodua Viva.

"Hasil siasatan awal mendapati, semasa kejadian Perodua Viva yang dipandu lelaki berusia 36 tahun dalam perjalanan dari arah Beaufort menuju ke Kuala Penyu manakala mangsa dari arah bertentangan.

Keadaan motosikal mangsa yang remuk selepas bertembung dengan Perodua Viva dalam kemalangan di Kilometer 21 Jalan Beaufort-Menumbok di Kampung Nukahan, Beaufort.
Keadaan motosikal mangsa yang remuk selepas bertembung dengan Perodua Viva dalam kemalangan di Kilometer 21 Jalan Beaufort-Menumbok di Kampung Nukahan, Beaufort.

"Sebaik tiba di lokasi, mangsa telah memotong kenderaan lain di hadapannya namun tidak sempat masuk ke laluan asal lalu bertembung dengan Perodua Viva.

"Akibat kejadian itu, mangsa bersama motosikalnya tercampak ke bahu jalan sebelah kanan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Penyu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya lagi, turut cedera dalam kemalangan itu ialah seorang penumpang Perodua Viva mengalami patah gigi manalala pemandu dan seorang lagi penumpang lain tidak mengalami kecederaan.

Artikel Berkaitan:

"Mayat dihantar ke hospital untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!