KPDN Kelantan beri amaran peniaga guna minyak masak peket

Azman (dua dari kiri) melayan tetamu sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPDN pada Ahad.
Azman (dua dari kiri) melayan tetamu sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPDN pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan memberi amaran tegas kepada peniaga makanan agar tidak menyalahgunakan minyak masak bersubsidi dalam peket satu kilogram (kg) yang dikhaskan untuk isi rumah.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, tindakan boleh diambil terhadap mana-mana peniaga yang didapati menyimpan lebih 10 kg minyak masak tanpa permit mengikut Akta Kawalan Bekalan 1999.

“Minyak masak peket hanya untuk kegunaan pengguna domestik, bukan untuk premis perniagaan. Jika peniaga terus berdegil, mereka boleh dikenakan tindakan pada pemeriksaan kali kedua,” katanya.

Azman (duduk, kiri) bergambar bersama warga media Kelantan sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPDN pada Ahad.
Azman (duduk, kiri) bergambar bersama warga media Kelantan sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPDN pada Ahad.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KPDN Kelantan, pada Ahad.

Azman memaklumkan bahawa bermula April ini, KPDN akan mula menetapkan kuota agihan minyak masak peket kepada premis-premis jualan di seluruh negeri.

“Kita akan pastikan semua pasar raya mendapat bekalan mencukupi, termasuk 1,000 peket minyak masak untuk setiap 180 program Jualan Rahmah setiap bulan di Kelantan,” jelasnya.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan berikutan aduan daripada orang ramai mengenai kekurangan bekalan minyak masak di pasaran.

“KPDN telah mengenal pasti beberapa peniaga yang menyalahgunakan minyak peket, namun mereka masih diberi nasihat buat masa ini. Jika masih berdegil, tindakan undang-undang akan diambil,” tegasnya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, pihak KPDN turut menjalankan pelbagai kempen kesedaran, namun masih ada peniaga yang mengambil kesempatan kerana harga minyak masak peket jauh lebih murah berbanding minyak botol yang tidak bersubsidi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!