Mangsa pemerdagangan manusia diugut sindiket, takut beri kerjasama - KPN

Razarudin
Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan terdapat mangsa permerdagangan manusia diugut sindiket hingga menyebabkan mereka enggan memberi kerjasama menyalurkan maklumat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ketakutan mangsa di kalangan migran untuk memberi keterangan kerana diugut oleh sindiket menyebabkan siasatan berdepan kesukaran.

"Selain itu, kesukaran dalam mengenal pasti mangsa akibat pemalsuan identiti dan penglibatan ejen pekerjaan palsu juga antara cabaran yang perlu ditempuh pihak polis dalam usaha membanteras kegiatan ini.

"Selain itu, PDRM turut menghadapi cabaran dalam kawalan sempadan yang luas terutama di laluan tikus di sempadan darat dan laut," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata, sindiket turut menggunakan dokumen palsu seperti pasport dan visa untuk menyeludup migran.

Razarudin berkata, sindiket terancang ini dikesan beroperasi secara antarabangsa dengan rangkaian yang luas, menyebabkan siasatan menjadi lebih kompleks dan memerlukan kerjasama antarabangsa untuk perkongsian maklumat, risikan dan operasi bersepadu.

Bagaimanapun, tegas beliau, PDRM sentiasa bersedia mengambil tindakan terhadap pelaku jenayah penyeludupan migran ini.

"Ini termasuklah menangkap kumpulan yang mengatur kemasukan migran selain tekong, ejen dan penyedia rumah-rumah penampungan migran," ujarnya.

Jelasnya, sejak tahun 2023 sehingga kini kira-kira 12 sindiket telah ditumpaskan dan dituduh mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!