Penyelarasan harga benih padi jadi khabar gembira

PASIR PUTEH - Langkah kerajaan menetapkan harga kawalan benih padi sah (BPS) kepada RM52 per kampit 20 kilogram melonjakkan lagi semangat para pesawah untuk memastikan keterjaminan bekalan makanan negara pada masa hadapan mencukupi.
Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata pesawah menyifatkan perkara itu sebagai khabar gembira buat mereka selepas berdepan dengan kenaikan kos input pertanian.
Wakil pesawah Abdul Hadi Abdul Rahman, 67, berkata, kenaikan harga BPS sebelum ini memberikan kesan kepada pengusaha padi dalam skala yang besar sepertinya.
“Bila harga benih padi dikawal ia menjadi rahmat buat kami. Seingat saya kali terakhir harga murah pada 2020 lalu iaitu RM35 sekampit.
“Alhamdulillah, ringan sikit beban saya dan rakan setelah berdepan dengan kenaikan kos input pertanian yang agak tinggi sebelum ini,” katanya yang mengusahakan padi seluas 20 hektar di Jelor, di sini.
Ujarnya, kos untuk menghasilkan benih padi yang agak tinggi antara faktor menyebabkan harga BPS meningkat dan memberi kesan kepada pesawah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!