Dua cedera lori rempuh bank

Anggota bomba dan penyelamat membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian di Jalan Besar, Bagan Serai pada Rabu.
Anggota bomba dan penyelamat membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian di Jalan Besar, Bagan Serai pada Rabu.
A
A
A

BAGAN SERAI – Dua lelaki cedera ringan apabila sebuah lori dengan muatan tanah merempuh dinding sebuah bank dalam kejadian di Jalan Besar, di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 10.48 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai kemudian bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

“Sebaik tiba, didapati seorang mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu lori dan mengalami kecederaan.

"Seorang lagi mangsa, iaitu penunggang motosikal, hanya mengalami kecederaan ringan," jelasnya.

Sabarodzi berkata, kerja-kerja menyelamat dijalankan menggunakan peralatan hidraulik, dan mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, operasi tersebut melibatkan tujuh anggota bersama dua jentera.

Katanya, operasi dikawal sepenuhnya pada jam 11.06 pagi dan ditamatkan empat minit kemudian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!