Dua lelaki ditahan bawa lembu seludup

PASIR MAS - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki selepas merampas enam ekor lembu bernilai RM58,500 dipercayai diseludup dari Thailand semasa penugasan Op Taring Kandang di Pusu 40 di sini pada Khamis.
Rampasan tersebut dibuat pada jam 1.30 pagi selepas menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati pemandu dan kelindan lori berusia 23 dan 29 tahun itu gagal menunjukkan sebarang dokumen berkaitan lembu tersebut.
"Kedua-dua suspek itu dipercayai menjadi penghantar lembu berkenaan ke kandang sekitar Pasir Mas.
"Kes disiasat bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953," katanya kepada pemberita pada Jumaat.
Menurut beliau, suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Veterinar Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!