Lelaki tampar Tian Chua direman empat hari

Mesyuarat Majlis Perwakilan Pemimpin (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecoh apabila segelintir ahli parti itu melaungkan 'pengkhianat' terhadap beberapa ahli pimpinan PKR yang didakwa melakukan sabotaj terhadap parti.
Mesyuarat Majlis Perwakilan Pemimpin (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecoh apabila segelintir ahli parti itu melaungkan 'pengkhianat' terhadap beberapa ahli pimpinan PKR yang didakwa melakukan sabotaj terhadap parti.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki yang menampar Naib Presiden PKR, Tian Chua direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan di hadapan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki itu direman hingga 5 Mac ini.

Menurutnya, polis juga sudah mengambil keterangan daripada Tian Chua bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian itu.

“Tian Chua sudah beri keterangan malam tadi. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Semalam, Tian Chua ditampar, dibaling botol air dan kon selepas keluar dari ibu pejabat PKR kira-kira jam 2 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mesyuarat PKR kecoh, Tian Chua ditampar penyokong parti

Ahli PKR tampar Tian Chua ditahan polis

Anwar kesal penyokong PKR hilang pertimbangan

Tian Chua yang diiringi anggota polis dimaki hamun beberapa penyokong parti itu dengan melabelkan Naib Presiden PKR berkenaan sebagai pengkhianat.

Artikel Berkaitan:

Naib Presiden PKR itu diserang penyokong parti yang tidak berpuas hati selepas mendakwa bekas Ahli Parlimen Batu itu sebagai pengkhianat sehingga menyebabkan hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri kelapan terkubur.

Beliau diherdik dengan kata kesat selain ditampar sebaik selesai memberi keterangan kepada kepimpinan PKR selepas dikatakan antara pemimpin yang terbabit dengan konspirasi dilakukan bekas Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.