Sila log masuk terlebih dahulu.

Wanita kasari bayi direman empat hari

A
A
A
BERITA SEMASA 16 MEI 2023

Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa membenarkan reman selama empat hari kepada seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes mengasari dua bayi berusia sembilan dan 11 bulan di sebuah taska di Taman Mutiara Rini, pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Hakim Mahkamah Majistret Johor Bahru, R.Salini memerintahkan wanita berusia 21 tahun itu direman mulai Selasa hingga Jumaat ini bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadapnya mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.

Pada Isnin, tular di media sosial dua video masing-masing berdurasi 48 dan 39 saat yang memaparkan seorang wanita mengasari seorang bayi dan tindakannya itu mengundang kemarahan netizen.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, mengesahkan wanita berkenaan ditahan di kawasan Bandar Selesa Jaya Skudai kira-kira jam dua pagi pada Selasa.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com