Mohd Azhar dilantik CEO baharu Perak SADC

IPOH – Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) mengumumkan pelantikan Mohd Azhar Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu agensi itu berkuat kuasa 2 April lalu.
Perak SADC dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan Mohd Azhar dipersetujui Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Pengerusi Perak SADC.
Menurut beliau, Mohd Azhar sebelum ini merupakan pegawai yang menjalankan tugas sebagai CEO susulan kontrak perkhidmatan penyandang terdahulu, Datuk Yahanis Yahya tamat pada Disember tahun lalu.
"Pengurusan Perak SADC mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan berharap kepimpinannya akan membawa transformasi positif serta kejayaan berterusan kepada agensi berkenaan demi kesejahteraan rakyat dan negeri Perak.
"Perak SADC turut merakamkan penghargaan atas khidmat dan sumbangan Datuk Yahanis sepanjang tempoh perkhidmatannya sebelum ini," jelas kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Mohd Azhar memiliki pengalaman lebih dua dekad dalam bidang pengurusan kewangan dan tadbir urus korporat, serta pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Kewangan Perak SADC.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


