Lokasi sekitar Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman tenang

Suasana tenang di sekitar Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, Kuala Lumpur dengan kawalan pihak berkuasa, pada Khamis.
Suasana tenang di sekitar Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, Kuala Lumpur dengan kawalan pihak berkuasa, pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suasana di sekitar Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India di sini, tenang dengan kawalan dan pemantauan pihak berkuasa pada Khamis.

Ini berikutan bakal berlangsungnya majlis peletakan batu asas bagi pembinaan Masjid Madani di sini, yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Difahamkan turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Tinjauan Sinar Harian seawal jam 8.30 pagi mendapati petugas keselamatan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta Jabatan Sukarelawan (Rela) berada di sekitar kuil berkenaan.

Suasana di sekitar Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, Kuala Lumpur.
Suasana di sekitar Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, Kuala Lumpur.

Selain itu, lebih 20 petugas media telah hadir di lokasi perasmian tapak pembinaan masjid.

Pada Khamis, laporan muka depan Sinar Harian melaporkan kerajaan disaran menguatkuasakan undang-undang dengan tegas bagi memastikan mana-mana rumah ibadat yang telah dibina secara haram di atas tanah milik orang lain, dipindahkan atau tanah itu dibeli oleh pengurusan rumah ibadat berkenaan bagi mengelak pertikaian berulang pada masa hadapan.

Pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, undang-undang sedia ada sudah jelas memperuntukkan peraturan larangan mendirikan apa-apa jua bangunan termasuk rumah ibadat di tanah pemilik berdaftar.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Pendakwah, Firdaus Wong dilaporkan menuntut penjelasan Dr Zaliha dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sama ada tanah ganti kepada pihak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman diberikan secara percuma atau sebaliknya.

Tinjauan Sinar Harian seawal jam 8.30 pagi mendapati petugas keselamatan antaranya PDRM, DBKL serta Rela berada di sekitar kuil berkenaan.
Tinjauan Sinar Harian seawal jam 8.30 pagi mendapati petugas keselamatan antaranya PDRM, DBKL serta Rela berada di sekitar kuil berkenaan.

Pada 20 Mac lepas, media melaporkan proses perbincangan mengenai pemindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang terletak di atas tanah milik Jakel Group berjalan dengan harmoni antara pihak syarikat, pengurusan kuil dan DBKL.

Sebelum ini, Pengasas Jakel, Allahyarham Mohamed Jakel Ahmad telah mewakafkan tanah di Jalan Masjid India untuk pembinaan sebuah masjid bagi menampung keperluan komuniti di kawasan itu.

Ketua Bahagian Undang-Undang dan Komunikasi Korporat Jakel Trading Sdn Bhd, Aiman Dazuki turut menjelaskan bahawa rancangan pemindahan kuil Hindu itu dibuat bagi memberi laluan kepada pembinaan masjid berkenaan.

Bagaimanapun, penyokong pemeliharaan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Kuala Lumpur mencadangkan ‘tapak alternatif’ untuk pembinaan masjid tersebut.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Zaid Malek mencadangkan agar masjid dibina di dua plot tanah berdekatan berbanding meroboh dan memindahkan kuil berusia 130 tahun itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!