[VIDEO] Pemimpin PH keluar Istana Negara

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) keluar meninggalkan Istana Negara pada jam 12 tengah hari tadi selepas kira-kira 10 minit dilihat memasuki istana bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Antara yang kelihatan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Turut kelihatan, Pengarah Strategik, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin menghadap Agong, bawa suara Perikatan Nasional

Pada jam 10.03 pagi tadi, sebanyak 20 kenderaan dinaiki ahli Parlimen dari UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas terlebih dahulu ke Istana Negara.

Antaranya, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut sama, Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Pemimpin berkenaan keluar meninggalkan Istana Negara kira-kira 40 minit kemudian.

Artikel Berkaitan: