Syed Saddiq hadir rayuan ketepi hukuman penjara, sebat, denda

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Mahkamah Rayuan Putrajaya, di sini jam 8.34 pagi Rabu bagi menghadiri kes rayuan berhubung dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu ditemani ahli keluarga, kumpulan pemimpin dan ahli parti berkenaan.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu disabitkan dengan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Armada.
Terdahulu kumpulan penyokong berkumpul di Istana Kehakiman Putrajaya bagi menyatakan solidariti Muda bersama Syed Saddiq.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Amira Aisya Abdul Aziz yang juga pemangku Presiden Muda sebagai tanda sokongan kepada bekas Presiden parti berkenaan.
Syed Saddiq berhadapan empat pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.

Kes berkenaan akan diputuskan selepas hujahan di Mahkamah Rayuan Putrajaya yang dijalankan selama dua hari pada Rabu dan Khamis.
Prosiding rayuan ini merupakan peringkat kedua pengadilan, yang mana sekiranya didapati kekal bersalah, Syed Saddiq masih boleh membuat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.
Bagaimanapun jika panel hakim mendapati anak kelahiran Johor itu tidak mengetepikan Mahkamah Tinggi, maka dia akan dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!