Tiada sidang khas 2 Mac ini, kata Speaker

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM – Persidangan khas Dewan Rakyat yang bakal diadakan pada 2 Mac ini bagi menentukan calon bagi mendapat majoriti untuk menjadi Perdana Menteri baharu tidak akan berlangsung.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah menerima Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun katanya, surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3) kerana tiada Pemberitahuan Usul yang lengkap.

“Saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menerima Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangi Perdana Menteri Interim (Dr Mahathir), memaklumkan bahawa pihak kerajaan telah bersetuju supaya Dewan Rakyat dipanggil bermesyuarat pada Isnin, 2 Mac 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Sidang Parlimen Khas akan tentukan calon Perdana Menteri: Tun M

Tiada keperluan bertemu Dr Mahathir: Anwar

Mesyuarat khas Majlis Raja-raja diharap rungkai kemelut politik negara

Pas tuntut bubar Parlimen, adakan PRU15

'Dr Mahathir pentingkan politik peribadi, bukannya rakyat'

Artikel Berkaitan:

“Namun demikian, saya mendapati surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11(3) kerana tidak disusuli dengan Pemberitahuan Usul yang lengkap.

“Mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3), pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan oleh saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat. Setakat ini tidak notis dikeluarkan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, keperluan untuk mengadakan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan dibuat selepas mendapat mendapat pemakluman titah rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung proses pemilihan Perdana Menteri.

“Oleh demikian, saya memutuskan tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin ini.

“Saya akan terus meneliti perkembangan semasa dan kenyataan seterusnya tentang notis dan tarikh Mesyuarat Khas akan dimaklumkan kelak,” katanya.