Speaker Dewan Rakyat terima al-Quran sumbangan Raja Salman

Mohd. Na’im (kiri) menyerahkan sumbangan al-Quran kepada Johari.
Mohd. Na’im (kiri) menyerahkan sumbangan al-Quran kepada Johari.
A
A
A

SHAH ALAM- Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menerima senaskhah al-Quran sumbangan daripada Penjaga Dua Tanah Haram, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud.

Hadiah itu disampaikan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mohktar.

“Alhamdulillah, berkat ukhwah Islamiyyah yang utuh antara kerajaan Arab Saudi dengan kerajaan Malaysia, tahun ini Malaysia telah menerima sekitar 17,000 naskhah al-Quran untuk diedarkan secara percuma, 35 tan kurma serta pek makanan iftar.

“Sesungguhnya, ikatan persaudaran Islam harus dipelihara kerana ia merupakan tuntutan ALLAH SWT (sebagaimana) dalam surah Ali Imran ayat 103.

“Semoga hubungan erat kerajaan Arab Saudi dan Malaysia terus berkekalan untuk pembangunan ummah serta berkembang bagi kerjasama yang lebih luas dalam pelbagai bidang,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Johari (tengah) sewaktu menerima kunjungan Mohd. Na’im (kiri) di pejabatnya.
Johari (tengah) sewaktu menerima kunjungan Mohd. Na’im (kiri) di pejabatnya.

Pemberian itu adalah sebahagian daripada Program Hadiah Penjaga Dua Tanah Haram dan telah diadakan secara berterusan lebih dua dekad.

Pada 30 Mac lalu, Timbalan Duta Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur, Dr Saleh Ali Ismail Bedaiwi telah menyampaikan sumbangan itu bagi pihak kerajaannya di Kompleks Islam Putrajaya.