Tun M tidak kisah jika Muhyiddin ganti jadi PM

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad berpendirian terbuka dan menerima keputusan sekiranya parti itu turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak mempunyai masalah jika Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu dipilih sebagai penggantinya.

“Banyak kemungkinan yang dibincangkan antaranya kemungkinan meletakkan Muhyiddin sebagai calon (Perdana Menteri).

"Jika semua orang pilih dia, saya okey," katanya pada sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di Jabatan Perdana Menteri di sini semalam.

Beliau berkata demikian berhubung butiran yang dibincangkan bersama Muhyiddin dalam pertemuan di pejabatnya semalam.

Semalam, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu tiba di bangunan Perdana Putra, Putrajaya kira-kira 2.20 petang.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, Muhyiddin boleh dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

"Sekiranya beliau (Muhyiddin) mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat maka dia boleh dilantik sebagai Perdana Menteri dan kemudiannya membentuk Kabinet sendiri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ketika ditanya sama ada Bersatu mencalonkan dua nama bagi jawatan Perdana Menteri, Dr Mahathir menjelaskan perkara itu belum diputuskan lagi.