'Lapan gulung kain rosak, baju raya pelanggan diterbang angin'

Aidilfitri Aini dan suami menunjukkan sebahagian pakaian termasuk tudung yang berjaya diselamatkan dalam kejadian ribut di Taman Ria, Sekinchan, Sabak Bernam pada Selasa.
Aidilfitri Aini dan suami menunjukkan sebahagian pakaian termasuk tudung yang berjaya diselamatkan dalam kejadian ribut di Taman Ria, Sekinchan, Sabak Bernam pada Selasa.
A
A
A
SABAK BERNAM - Keterujaan seorang tukang jahit menyiapkan baju raya untuk dijual kepada pelanggan bertukar duka apabila sebahagian daripada lapan gulung kain digunakan musnah akibat ribut yang melanda Taman Ria, Sekinchan di sini pada Selasa.

Mangsa, Aidilfitri Aini Shahdan, 48, berkata, semua gulung kain yang dibelinya di sebuah gedung tekstil itu dianggarkan bernilai RM6,800.

Menurutnya, setiap tahun dia menyediakan baju raya siap untuk dibeli pelanggan termasuk tempahan khas mengikut reka bentuk dan saiz yang dimahukan.

"Tak sangka tahun ini saya diduga apabila kain yang dibeli basah dan kotor akibat ribut.

"Jika ditanya tentang perasaan, saya akui memang sedih dan terkilan tapi saya tetap reda serta percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya," luahnya.

Aidilfitri Aini berkata, selain lapan gulung kain itu, sebanyak 30 helai pakaian tempahan pelanggan turut rosak manakala sebahagiannya diterbangkan angin.

"Ada pelanggan yang sudah membayar deposit 10 peratus untuk tempahan baju raya mereka," katanya.

Mengimbau ribut yang melanda rumahnya itu, Aidilfitri Aini memberitahu, kejadian berlaku ketika dia dan suaminya, Mohemmed Shukri Chandraneru Abdullah, 49, tiada di rumah kerana mengambil anak mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang pulang dari Singapura.

"Tiga daripada empat anak kami turut serta ke KLIA dan hanya dimaklumkan kejadian ini oleh jiran.
Artikel Berkaitan:


"Bila sampai di rumah, kami dapati bumbung rosak teruk dan air hujan memenuhi ruang dalam rumah.

"Saya dapati, siling dan lantai basah, malah dinding papan asbestos juga mula reput," tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, dia dan suami mencari jalan penyelesaian dengan menjual pakaian yang masih boleh diselamatkan pada harga serendah RM5 hingga RM50 kepada pelanggan bagi mengurangkan beban dihadapi.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Aidilfitri Aini di talian 010-7784276 untuk mendapatkan pakaian terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!