Peniaga sanggup tawar jaminan setahun untuk baju raya

KOTA BHARU - Penangan media sosial membuatkan peniaga yang mempunyai kedai fizikal terpaksa ‘berperang’ dengan jualan dalam talian untuk menarik perhatian pelanggan setiap kali menjelang Aidilfitri.
Seorang peniaga pakaian, Fakrul Mohd, 33, yang berniaga di tingkat dua KB Mall di sini berkata, setiap tahun trend membeli-belah di kedai semakin berkurangan apabila orang ramai lebih memilih secara dalam talian dengan alasan mudah serta jimat.
“Pemerhatian saya sepanjang dua minggu Ramadan ini, kedai jualan hanya akan dikunjungi ramai apabila hari minggu iaitu pada Jumaat dan Sabtu. Jika hari biasa, keadaan sangat suram sampaikan boleh terlena seorang diri dalam kedai.
“Sebenarnya membeli dalam talian dan datang sendiri ke kedai tidak sama, malah pelanggan akan berasa lebih puas jika dapat mencuba terlebih dahulu baju raya yang ingin dibeli,” katanya kepada Sinar Ahad.

Menurut Fakrul, untuk menarik perhatian pelanggan ke kedainya, dia menawarkan jaminan setahun tanpa perlu menunjukkan resit pembayaran.
Katanya, asalkan pakaian yang ingin ditukar itu terdapat tag jenama Cendana Sutera Collection pelanggan boleh datang menukar pakaian yang dibeli bila-bila masa sahaja dalam tempoh tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!