Covid-19: 139 dijangkiti, 19 kematian di Iran

44 kes baharu disahkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 139 kes setakat ini. Foto:AFP
44 kes baharu disahkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 139 kes setakat ini. Foto:AFP
A
A
A

TEHERAN - Jumlah yang dijangkiti koronavirus (Covid-19) di Iran meningkat kepada 139 orang dengan 19 kematian, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Iran, Kianush Jahanpur hari ini, lapor agensi berita Sputnik.

"Sejak semalam sehingga petang ini, 44 kes baharu disahkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 139 kes setakat ini " kata Jahanpur.

Sejak semalam empat pesakit meninggal dunia dengan jumlah keseluruhan yang maut seramai 19 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: