Fenomena 'war takjil' kembali lagi

Pasar takjil yang menjual pelbagai juadah ringan untuk berbuka puasa.
Pasar takjil yang menjual pelbagai juadah ringan untuk berbuka puasa.
A
A
A

JAKARTA - Fenomena 'war takjil' merupakan salah satu tradisi unik yang dinantikan masyarakat di Indonesia ketika Ramadan.

Istilah itu menggabungkan 'war' bermaksud perang dan 'takjil' yang merujuk kepada makanan atau minuman ringan untuk membatalkan puasa ketika waktu berbuka.

Menariknya, ia tidak hanya terhad kepada komuniti Muslim malah golongan bukan Islam juga ikut serta 'memburu takjil'.

Ia mula popular sejak Ramadan 2024 selepas fenomena tersebut menggambarkan semangat masyarakat dari pelbagai latar belakang agama untuk membeli takjil secara beramai-ramai.

Tradisi unik itu telah berkembang menjadi kebiasaan yang diterima masyarakat hingga kini.

Aktiviti berbagi takjil juga sering dilakukan masyarakat sementara menunggu azan Maghrib atau sebelum berbuka puasa.

Populariti 'war takjil' bagaimanapun semakin meningkat pada tahun ini dan menjadi lambang pluralisme.

Golongan bukan Islam turut berkongsi kandungan tentang fenomena itu di platform TikTok yang menunjukkan kebersamaan untuk memeriahkan ketibaan bulan suci malah disambut baik oleh Muslim di Jakarta.

“Ikut sama habiskan hasil jualan saudara kita di bulan Ramadan, indahnya hidup kerukunan seperti ini,” kongsi pemilik akaun @amaliasartika871.

Artikel Berkaitan:

@W juga senada dengan kebanyakan warganet bukan Islam apabila dia menyatakan, 'biarpun berbeza agama, kita tetap satu tujuan iaitu mendapatkan takjil'.

“Enam agama berbeza sertai 'war takjil' ini walaupun hanya Muslim yang berpuasa,” ujar pemilik akaun @mie ayam enak. - Agensi

Berikut beberapa jenis takjil yang sering menjadi 'buruan' ketika 'war takjil'

1. Kolak

Kolak
Kolak

Hidangan manis yang diperbuat daripada pisang, ubi atau labu yang dimasak dengan santan dan gula merah. Ia merupakan takjil paling popular dan mudah didapati ketika Ramadan.

2. Es Blewah

Es Blewah
Es Blewah

Minuman segar dihasilkan daripada hirisan buah blewah (tembikai wangi) dan campuran sirap bersama ais batu untuk menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa.

3. Biji Salak

Jajan manis dihasilkan daripada bebola ubi yang direbus dalam kuah gula merah pekat dan disajikan dengan santan. Teksturnya yang kenyal dan rasanya yang manis menjadikan biji salak antara paling digemari masyarakat.

4. Es Pisang Ijo

Es Pisang Ijo
Es Pisang Ijo

Takjil khas Makassar dihasilkan daripada pisang dibalut dengan adunan tepung berwarna hijau, disajikan dengan sirap manis dan ketulan ais. Rasanya yang enak menjadikan es pisang ijo sebagai takjil kegemaran ramai.

5. Gorengan

Aneka makanan yang digoreng seperti bakwan, tempe mendoan dan pisang goreng. Gorengan menjadi pilihan takjil untuk juadah yang lebih mengenyangkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!