Polis Sabah rampas syabu bernilai RM3 juta cuba dipasarkan ke negara jiran

Jauteh (tengah) menunjukkan syabu yang dirampas dalam sidang media di IPK Sabah.
Jauteh (tengah) menunjukkan syabu yang dirampas dalam sidang media di IPK Sabah.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sebanyak 63.55 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM3 juta berjaya dirampas di kawasan tempat letak kenderaan di sebuah bangunan pasar raya di Penampang pada 27 Februari lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 9 malam itu, dua lelaki tempatan berusia 30 dan 33 tahun yang dipercayai sebagai 'transporter' turut ditahan bersama dadah tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, rampasan dadah terbesar pada tahun ini adalah hasil serbuan yang dilakukan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

"Dalam serbuan itu, sebuah kenderaan jenis Toyota Land Cruiser yang dinaiki dua suspek, ketika dalam perjalanan untuk menghantar barang, telah ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

"Hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan empat kotak besar berisi bungkusan syabu dengan berat kasar 63.55 kilogram bernilai sekitar RM3 juta yang diletakkan di bahagian belakang kenderaan tersebut," katanya dalam sidang media di IPK Sabah di sini pada Rabu.

Berdasarkan siasatan awal, dadah ini dipercayai dibawa dari Semenanjung dan akan diseludup ke luar negara menggunakan laluan laut dari beberapa pelabuhan di kawasan pantai timur Sabah.
Berdasarkan siasatan awal, dadah ini dipercayai dibawa dari Semenanjung dan akan diseludup ke luar negara menggunakan laluan laut dari beberapa pelabuhan di kawasan pantai timur Sabah.

Katanya lagi, hasil siasatan mendapati dadah tersebut dipercayai datang dari Semenanjung melalui pengangkutan udara dan cuba diseludup ke negara jiran.

"Menurut siasatan awal, dadah itu dipercayai dibawa menggunakan jalan darat dari Kota Kinabalu dan diseludup ke luar negara bersama barang-barang lain menggunakan laluan laut dari beberapa pelabuhan di kawasan pantai timur Sabah.

"Untuk pasaran luar negara, dadah ini lebih mahal berbanding pasaran di Sabah, iaitu sekitar RM7.5 juta jika dijual di luar negara," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, Jauteh berkata, siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan dua lelaki tersebut kini ditahan reman untuk tindakan lanjut.

"Dua suspek yang ditahan didapati negatif dalam ujian air kencing, dan hasil siasatan menunjukkan mereka bekerja sendiri namun disyaki aktif dalam kegiatan ini sejak lebih setahun lalu.

"Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan termasuk melihat hubungan suspek dengan kes tangkapan dadah di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu baru-baru ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!