Agama tak boleh jadi bahan ejekan, jaga sensitiviti - Jakim

Video kontroversi telah diturunkan dari platform media sosial Era FM didakwa mempersenda tarian kavadi Hindu, upacara suci dilakukan ketika Thaipusam.
Video kontroversi telah diturunkan dari platform media sosial Era FM didakwa mempersenda tarian kavadi Hindu, upacara suci dilakukan ketika Thaipusam.
A
A
A

PUTRAJAYA - Setiap agama perlu dihormati dan tidak boleh dijadikan bahan ejekan atau persendaan dalam apa jua bentuk, sama ada secara lisan, tulisan, perbuatan, mahupun di platform media sosial.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menegaskan sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, Malaysia menekankan nilai hormat-menghormati, toleransi serta kesejahteraan bersama.

"Sikap memperlekeh atau mempersendakan amalan keagamaan pihak lain bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, malah boleh mencetuskan ketegangan dan merosakkan keharmonian masyarakat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua harus dijadikan panduan bagi memastikan keamanan dan perpaduan terus terpelihara di negara ini.

Justeru katanya, semua pihak diingatkan agar menjaga sensitiviti keagamaan dalam setiap tindakan dan pertuturan, mengelakkan daripada membuat sebarang kenyataan atau perlakuan yang boleh menyinggung kepercayaan agama lain serta menghormati kebebasan beragama sebagaimana dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu tular di media sosial berhubung, video kontroversi telah diturunkan dari platform media sosial Era FM didakwa mempersenda tarian kavadi Hindu, upacara suci dilakukan ketika Thaipusam.

Ia memaparkan seorang penyampai meniru tarian kavadi, sambil menyebut 'Vel Vel' disusuli gelak tawa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!