'Ada kilang e-waste di Segamat, Telok Panglima Garang rangkaian sama' - SPRM

Ahmad Khusairi (tengah) dalam sidang akhbar bagi memaklumkan perkembangan terkini siasatan kes e-waste, pada Isnin. Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR
Ahmad Khusairi (tengah) dalam sidang akhbar bagi memaklumkan perkembangan terkini siasatan kes e-waste, pada Isnin. Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti terdapat rangkaian antara kilang memproses sampah elektonik (e-waste) di Segamat, Johor dan Telok Panglima Garang, Selangor.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, setakat ini SPRM telah menahan 26 individu termasuk pemilik dan pengarah syarikat serta sembilan penguat kuasa.

"Kita percaya bahawa penguat kuasa yang ditangkap ini bertindak sebagai melindungi (kilang e-waste haram).

Antara pekerja asing yang ditahan JIM dalam serbuan Op X ke atas premis e-waste di sekitar Segamat, 24 Februari lalu.
Antara pekerja asing yang ditahan JIM dalam serbuan Op X ke atas premis e-waste di sekitar Segamat, 24 Februari lalu.

"Untuk makluman semua, sebanyak 61 akaun bank telah disita melibatkan nilai kira-kira RM15 juta," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Isnin.

Tambahnya, pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) juga telah membuat tangkapan 420 pekerja asing di premis e-waste.

Beliau berkata, SPRM juga akan bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman berhubung isu e-waste ini.

24 Februari lepas, Sinar Harian melaporkan pemilik syarikat serta pegawai dagang antara 16 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Johor dan Selangor untuk siasatan kes rasuah penguat kuasa membabitkan kegiatan memproses serta melupuskan e-waste.

Op X itu dilaksanakan SPRM bersama JIM dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) ke atas 12 premis.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, media melaporkan lima penjawat awam ditahan SPRM dipercayai menerima rasuah secara 'one off' antara RM1,000 hingga RM20,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kilang e-waste.

Pada 6 Ogos tahun lalu, Sinar Harian menerusi laporan khas eksklusif melaporkan kilang di sekitar Segamat dipercayai menjalankan operasi melerai, memproses dan melebur e-waste secara haram tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan.

Lebih merisaukan penduduk sekitar meluahkan rasa bimbang kerana berlakunya pencemaran bau dan udara.

Laporan berita ini rentetan pendedahan Sinar Harian bermula Jun tahun lalu, mengenai lambakan premis e-waste di sekitar Lembah Klang dan beberapa negeri yang dipercayai beroperasi secara haram tanpa mendapat kelulusan JAS.

Selain itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki juga menyifatkan sindiket memproses e-waste haram berisiko mengakibatkan kes jenayah, salah guna kuasa, rasuah serta kesihatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!