'Jaga' kilang e-waste, 5 penjawat awam kutip wang suapan sehingga RM20,000

Lima penjawat awam menerima rasuah sehingga RM20,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kilang e-waste ditahan SPRM dan dibawa ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka pada Khamis.
(Mohon kaburkan wajah suspek.. terima kasih)..
Lima penjawat awam menerima rasuah sehingga RM20,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kilang e-waste ditahan SPRM dan dibawa ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka pada Khamis. (Mohon kaburkan wajah suspek.. terima kasih)..
A
A
A

SHAH ALAM - Lima penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai menerima rasuah secara 'one off' antara RM1,000 hingga RM20,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kilang e-waste.

Sumber berkata, SPRM menahan kumpulan penjawat awam itu susulan penangkapan 18 warga tempatan pada Selasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah.

Menurutnya, ia sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kilang-kilang e-waste di salah satu daerah di sebuah negeri selatan tanah air.

"Perintah reman selama enam hari sehingga Selasa dikenakan terhadap kesemua suspek.

"Keputusan reman itu dikeluarkan Majistret Nur Affiqah Radhiah Zainurin, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka pada pagi ini," katanya pada Khamis.

Menurut sumber lagi, kesemua suspek lelaki berusia antara 20 hingga 40-an itu ditahan antara jam 7 hingga 9 malam pada Rabu di pejabat SPRM Melaka ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, siasatan awal mendapati penjawat awam tersebut menerima rasuah secara 'one off' antara RM1,000 hingga RM20,000.

“Dipercayai ada juga antara pegawai itu yang mengutip wang rasuah sebanyak RM12,000 sebulan daripada kilang-kilang e-waste ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (b)(A) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Pada 6 Ogos tahun lalu, Sinar Harian menerusi laporan khas eksklusif melaporkan kilang di sekitar Segamat dipercayai menjalankan operasi melerai, memproses dan melebur e-waste secara haram tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan.

Lebih merisaukan penduduk sekitar meluahkan rasa bimbang kerana berlakunya pencemaran bau dan udara.

Laporan berita ini rentetan pendedahan Sinar Harian bermula Jun tahun lalu, mengenai lambakan premis e-waste di sekitar Lembah Klang dan beberapa negeri yang dipercayai beroperasi secara haram tanpa mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Selain itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki juga menyifatkan sindiket memproses e-waste haram berisiko mengakibatkan kes jenayah, salah guna kuasa, rasuah serta kesihatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!