Lelaki ditahan disyaki lakukan perbuatan tidak senonoh ketika seminar SPM

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh ketika menghadiri seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah universiti swasta di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes itu.
"Suspek berusia pertengahan 20-an itu telah ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di Sri Petaling di sini hari ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mohd Rosdi berkata, motif kejadian masih dalam siasatan.
"Suspek telah direman selama tiga hari bermula Isnin sehingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan," katanya.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki ditahan kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di seminar SPM di universiti swasta
- Ketua Polis Daerah Cheras mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan
- Suspek berusia pertengahan 20-an ditahan di Sri Petaling
- Motif kejadian masih dalam siasatan
- Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
