X

Kindly register in order to view this article
!

Penyokong PKR laung 'reformasi' sambut ahli Parlimen tiba

Ahli-ahli Parlimen PKR tiba dengan menaiki bas dua tingkat. -Foto Sinar Harian SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM
A
A

KUALA LUMPUR - Sekumpulan 30 lelaki daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkumpul kira-kira 300 meter dari Pintu 2 Istana Negara pagi ini.

Kumpulan tersebut melaungkan 'reformasi' ketika menyambut kehadiran ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) tiba di istana untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ahli-ahli Parlimen PKR tiba dengan menaiki bas dua tingkat sebentar tadi.

Hari ini, baki 131 ahli Parlimen akan ditemu duga oleh baginda selepas 90 ahli Parlimen dari kumpulan pertama selesai berbuat demikian semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Debaran penantian keputusan Agong

Baki 132 Ahli Parlimen menghadap Agong hari ini

Masa depan negara ditentukan rakyat bukan elit politik

Fakta penting berhubung Perdana Menteri Interim

Jangan percaya spekulasi saya tinggalkan UMNO: Hishammuddin