Anggota tentera dituduh amang seksual adik ipar

Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik iparnya, dua tahun lalu.
Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik iparnya, dua tahun lalu.
A
A
A

AMPANG – Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik iparnya, dua tahun lalu.

Lelaki berumur 26 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Nurulizwan Ahmad Zubir.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika kejadian berusia 12 tahun, di sebuah rumah di Jalan Kerdas, Gombak di sini antara Februari dan Julai 2023.

Pertuduhan dibuat Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM6,000 bagi setiap pertuduhan.

“Ia termasuk syarat tambahan, tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan selain melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan,” katanya.

Bagaimanapun, peguam, Mohd Faizi Che Abu yang mewakili tertuduh, merayu anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar rendah kerana perlu menyara dua anak.

“Sebelum ini dia telah direman selama tiga hari dan dilepaskan dengan jaminan pihak polis.

“Dia hadir ke mahkamah hari ini untuk menghadapi pertuduhan, menunjukkan dia tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Nurulizwan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 8 April depan untuk sebutan kes.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!