Dua pekerja cedera struktur kondominium runtuh

Keadaan runtuhan di lokasi kejadian di Mont Kiara semalam.
Keadaan runtuhan di lokasi kejadian di Mont Kiara semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua pekerja cedera ringan dalam kejadian runtuhan di tapak projek pembinaan kondominium di Mont Kiara di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Helmi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 3.10 petang.

“Siasatan mendapati dua pekerja lelaki cedera di tangan akibat insiden runtuhan kecil yang berlaku di tingkat lapan bangunan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zairulnizam berkata, mangsa mendapat rawatan sebagai pesakit luar di klinik berhampiran.

“Punca runtuhan masih dalam siasatan pihak keselamatan syarikat pembinaan itu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mendapat laporan daripada pemaju projek berkenaan pada jam 1.24 tengah hari tadi.

"Kita menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi IPD Brickfields di talian 0322979222," katanya.

Artikel Berkaitan: