SPRM belum boleh dedahkan hasil siasatan 4 pegawai bekas PM ditahan

Laporan Sinar Harian berkaitan 4 pegawai bekas PM ditahan
Laporan Sinar Harian berkaitan 4 pegawai bekas PM ditahan
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum boleh mendedahkan hasil-hasil penemuan berhubung siasatan terhadap empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

SPRM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, ia termasuk nilai wang atau aset-aset yang dijumpai.

"SPRM tidak menolak kemungkinan ada beberapa saksi lain akan dipanggil bagi membantu siasatan," katanya.

Menurut kenyataan itu, siasatan terhadap empat suspek itu dijalankan di bawah Seksyen 16a Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

"Ia masih di peringkat awal, SPRM meminta orang ramai untuk memberi ruang kepada Suruhanjaya ini menjalankan siasatan secara adil, telus dan professional,” katanya pada Isnin.

"SPRM akan memaklumkan perkembangan terkini kepada masyarakat mengenai siasatan dijalankan dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya," katanya.

Pada Ahad, media melaporkan SPRM menahan empat bekas pegawai berkenaan.

Menurut sumber, tiga individu direman lima hari bermula Jumaat manakala seorang lagi direman tiga hari sebelum dibebaskan pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!