SPRM tahan empat pegawai bekas Perdana Menteri ke-9

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut sumber, tiga individu direman lima hari bermula Jumaat manakala seorang lagi direman tiga hari sebelum dibebaskan hari ini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha di Mahkamah Putrajaya.

Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

"Kami memohon agar SPRM diberikan ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi," katanya.

Setakat ini Sinar Harian belum menerima butiran lanjut mengenai kes berkenaan susulan ia masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!