Ismail Sabri sudah sedar, stabil - Nina

Nina mengesahkan Ismail Sabri sudah sedar dan dalam keadaan stabil menerusi Instagramnya pada Ahad.
Nina mengesahkan Ismail Sabri sudah sedar dan dalam keadaan stabil menerusi Instagramnya pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sudah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil selepas pengsan di kediamannya pada pagi Sabtu.

Anaknya, Nina Ismail Sabri menerusi Instagram pada Ahad mengesahkan berkenaan perkembangan terkini bapanya itu.

“Pagi semalam kabur untuk saya, tetapi keadaan menjadi lebih baik pada sebelah petang. Alhamdulillah untuk itu.

“Beliau sudah sedar, stabil dan keadaannya semakin baik sekarang. Terima kasih untuk semua panggilan telefon, mesej dan direct message (DM),” katanya.

Sebelum ini, Ismail Sabri dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba.

Setiausaha Akhbar beliau, Azran Fitri Rahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Nina dan bapanya, Ismail Sabri.
Nina dan bapanya, Ismail Sabri.

Dalam pada itu, Nina turut mengucapkan terima kasih kepada semua kenalan yang cuba menghubungi untuk bertanyakan khabar mengenai bapanya.

“Saya masih belum berkesempatan untuk membalas tetapi saya akan jawab dalam masa terdekat, terima kasih saya sangat hargainya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Nina berkongsi, beliau dan jurulatih kesihatan Ismail Sabri sudah berbincang mengenai beberapa senarai makanan serta suplemen yang terbaik untuk bapanya.

“Tudia, fitness coach Pak Mail dah bising...dia sudah bagi senarai apa yang tak boleh makan, buat, saya sokong 100 peratus. Tidak ada lagi kuih muih manis dan segala makanan bergoreng untuk minum pagi serta petang,” tambahnya.

Sementara itu, dalam hantaran yang sama, Nina turut menitipkan nasihat untuk orang ramai agar sentiasa peka dan mengambil berat tentang kesihatan kedua orang tua.

Kongsi Nina, beliau tidak menyangka bapanya itu semakin dimakan umur dan tidak dapat membayangkan kehidupan tanpa kedua orang tuanya.

“Saya asyik cakap sudah bertambah berumur tetapi rupanya saya tidak sangka ibu bapa saya yang semakin berumur...saya fikir berapa banyak masa lagi saya akan ada dengan mereka...takut untuk bayangkan kehidupan tanpa mereka.

“Semoga ALLAH SWT berikan kesihatan baik dan umur yang panjang supaya saya dapat meluangkan masa sebanyak yang boleh bersama mereka,” katanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!