Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM

Anwar ketika berucap pada Majlis Perasmian Alamanda Berwajah Baharu pada Ahad. Foto Bernama
Anwar ketika berucap pada Majlis Perasmian Alamanda Berwajah Baharu pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak, sebaliknya ia dilakukan bagi memastikan tatakelola yang baik di bawah pentadbirannya.

Anwar menjelaskan, beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam menjalankan tugas masing-masing.

"Ada orang kata saya dendam, cari salah. Tak benar. Saya hanya beri kebebasan betul-betul. Saya beritahu Jemaah Menteri, kita tidak campur.

"Kita beri kebebasan kepada polis menjalankan kerja mereka, LHDN dengan tugasnya kutip cukai dan SPRM geledah supaya menghentikan amalan rasuah.

"Negara boleh kaya tapi kalau pimpinannya itu sibuk cari kekayaan untuk diri, bila nak jaga rakyat? Bila ada keterlanjuran, guna kuasa sampai kaya raya, ratus-ratus juta simpan,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Alamanda Berwajah Baharu di sini pada Ahad.

Anwar (kiri) beramah mesra bersama para pengunjung pada Majlis Perasmian Alamanda Berwajah Baharu pada Ahad. Foto Bernama
Anwar (kiri) beramah mesra bersama para pengunjung pada Majlis Perasmian Alamanda Berwajah Baharu pada Ahad. Foto Bernama

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings, Datuk Izwan Hasli Mohd Ibrahim.

Anwar berkata, keputusan badan penguat kuasa mengambil tindakan tegas kepada pihak terlibat adalah untuk menghentikan amalan tidak beretika seperti rasuah.

Sementara itu, bersempena bulan Ramadan yang dijangka bermula awal bulan depan, Anwar berkata, ia akan menjadi masa terbaik untuk umat Islam meningkatkan nilai kerohanian dan menyelami dimensi sosial masyarakat.

Artikel Berkaitan:

"Apa dia maksud (nilai kerohanian) dalam masyarakat kita? Tentunya prinsip penghargaan kepada Tuhan. Bukan nak tunjuk kepada manusia.

"Dimensi sosial pula supaya kita tahu apa erti lapar, dahaga kerana ramai di sebelah sana, jiran kita, orang kampung itu hidup dalam kesusahan,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!