Datuk, 17 individu direman disyaki sogok penguat kuasa

Pengarah syarikat bergelar 'datuk' antara direman kerana disyaki menyogok penguat kuasa untuk memproses dan melupuskan sisa elektronik tidak dibenarkan.
Pengarah syarikat bergelar 'datuk' antara direman kerana disyaki menyogok penguat kuasa untuk memproses dan melupuskan sisa elektronik tidak dibenarkan.
A
A
A

MELAKA - Pengarah syarikat bergelar 'datuk' bersama 17 individu direman enam hari bermula Selasa kerana disyaki menyogok penguat kuasa untuk memproses dan melupuskan sisa elektronik tidak dibenarkan.

Perintah reman sehingga Ahad ini dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman terhadap mereka terdiri daripada lima wanita dan 13 lelaki berusia antara 34 dan 62 tahun.

Terdahulu kesemua suspek memakai pakaian lokap berwarna jingga di bawa ke Mahkamah Melaka dengan menaiki tiga kenderaan milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata, kesemua suspek ditahan selepas dibawa ke pejabat SPRM Melaka di Alai untuk memberi keterangan antara jam 7 malam dan 11 malam Isnin.

17 individu ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkaitan sogok penguat kuasa.
17 individu ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkaitan sogok penguat kuasa.

Sinar Harian pada Isnin menyiarkan pemilik syarikat serta pegawai dagang antara 16 individu ditahan SPRM untuk siasatan kes rasuah penguat kuasa membabitkan kegiatan memproses serta melupuskan sampah elektronik (e-waste).

Penahanan di sekitar Johor dan Selangor itu hasil tindakan bersepadu SPRM bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi Op X ke atas 12 premis.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, premis-premis tersebut disyaki memproses dan melupuskan bahan-bahan mentah yang tidak dibenarkan seperti gentian kaca, plastik, besi dan logam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!