Satu lagi hari biasa di pejabat: Dr Mahathir

Dr Mahathir hari ini memulakan tugas sebagai Perdana Menteri Interim. - Foto Twitter chedetofficial
Dr Mahathir hari ini memulakan tugas sebagai Perdana Menteri Interim. - Foto Twitter chedetofficial
A
A
A

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memulakan tugas sebagai Perdana Menteri Interim.

Hantaran ringkas di akaun Twitter Dr Mahathir Mohamad turut diiringi catatan beliau sedang bekerja seperti hari-hari biasa sebelum ini.

"Satu lagi hari biasa di pejabat," demikian catatan di akaun media sosial beliau pada jam 12.44 tengah hari yang diikuti oleh 1.1 juta pengikut.

Dr Mahathir hari ini memulakan tugas sebagai Perdana Menteri Interim. -Foto: Twitter chedetofficial
Dr Mahathir hari ini memulakan tugas sebagai Perdana Menteri Interim. -Foto: Twitter chedetofficial

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bahawa Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ketujuh.

Surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dihantar sekitar jam 1 tengah semalam dan baginda berkenan menerima peletakan jawatan itu.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen BN, Pas tiba di PWTC

Pemimpin tertinggi politik keluar, masuk bangunan Putra Perdana

Politik Malaysia, percaturan seterusnya dinanti

Semua MP akan ditemuduga secara 'personal' oleh Agong