X

Kindly register in order to view this article
!

Pas puji kebijaksanaan Agong temu ramah ahli Parlimen

Yang di Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli menyampaikan makanan tengah hari kepada petugas-petugas media di luar Istana Negara hari ini. -Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

KUALA LUMPUR - Pas memuji kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam membuat keputusan penting bagi menentukan pembentukan kerajaan baharu Malaysia.

Pandangan itu disuarakan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad susulan Yang di-Pertuan Agong menitahkan 222 ahli Parlimen menghadap baginda untuk ditemu ramah secara seorang demi seorang.

Idris berkata, sebagai ketua negara, Yang di-Pertuan Agong pastinya tidak boleh membuat keputusan sewenang-wenangnya, ditambah pula usaha pembentukan kerajaan baharu memerlukan persetujuan tidak berbelah bahagi daripada setiap ahli Parlimen terlibat.

"Selain itu, saya berpandangan keputusan baginda Yang di-Pertuan Agong juga adalah untuk menentukan siapa calon Perdana Menteri paling layak disokong ahli-ahli Parlimen terbabit.

"Bagi Pas, itu adalah keputusan paling baik dikemukakan Tuanku Al-Sultan Abdullah dan menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam menangani isu penting negara seperti krisis peralihan kerajaan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Idris Ahmad
Idris Ahmad

Idris turut mengulangi pendirian kesemua 18 ahli Parlimen Pas untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri kelapan.

"Kesemua shli Parlimen Pas sudah bersedia dan kini hendak bertolak ke Istana Negara," katanya.

Sebentar tadi, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 121 ahli Parlimen menghadap baginda untuk ditemu ramah seorang demi seorang.

Dr Mahathir difahamkan tidak terlibat berikutan Perdana Menteri Interim itu sudah menghadap baginda semalam.

Temu ramah itu akan dilakukan hari ini dan esok secara berperingkat bagi mengenal pasti ahli Parlimen yang menjadi sokongan majoriti untuk dilantik sebagai perdana menteri kelapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen BN, Pas tiba di PWTC

Pemimpin tertinggi politik keluar, masuk bangunan Putra Perdana

Politik Malaysia, percaturan seterusnya dinanti

Semua MP akan ditemuduga secara 'personal' oleh Agong


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus