Semua MP akan ditemuduga secara 'personal' oleh Agong

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin ketika memberikan taklimat kepada petugas media di Istana Negara hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin ketika memberikan taklimat kepada petugas media di Istana Negara hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Temuduga secara 'personal' semua Ahli Parlimen akan berlangsung di Istana Negara bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah bermula petang ini.

Pengumuman dibuat oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin di Istana Negara hari ini.

Dua sesi temuduga khas itu diadakan hari ini dan esok, setiap ahli Parlimen dipanggil seorang demi seorang.

Tun Dr Mahathir Mohamad difahamkan tidak terlibat berikutan Perdana Menteri Interim itu sudah mengadap baginda semalam.

Temu ramah itu akan dilakukan hari ini dan esok secara berperingkat bagi mengenal pasti Ahli Parlimen yang menjadi sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadil berkata, Yang di-Pertuan Agong akan melantik salah seorang daripada ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti.

"Apa yg berlaku untuk hari ini dan esok ialah semua Ahli Parlimem akan dijemput untuk menghadap temu ramah secara peribadi.

Artikel Berkaitan:

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin ketika memberikan taklimat kepada petugas media di Istana Negara hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin ketika memberikan taklimat kepada petugas media di Istana Negara hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

"Lebih kurang dua hingga tiga minit seorang bermula jam 2.30 petang ini, bermula kumpulan pertama dengan seramai 90 orang. Bakinya esok.

"Proses temu ramah dilakukan sendiri Baginda dan disaksikan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Mohd Zuki Ali," katanya.

Ketika ditanya Ahli Parlimen dari parti mana yang akan menghadap hari ini, beliau berkata, Ahli Parlimen terbabit sudah dikenal pasti namun beliau tidak menerima mandat untuk berkongsi maklumat tersebut.

Menurutnya, temu ramah hari ini dijangka selesai 7 malam namun tidak menolak kemungkinan berlanjutan sekiranya perlu.

"Kita tak ikut parti (temu ramah) kerana ia berdasarkan individu dan dilakukan secara telus," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen BN, Pas tiba di PWTC

Pemimpin tertinggi politik keluar, masuk bangunan Putra Perdana

Politik Malaysia, percaturan seterusnya dinanti

Ahmad Fadil berkata, tidak dapat dipastikan bila keputusan temu ramah akan diumumkan secara rasmi namun pihaknya akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Menurutnya, temu ramah sedemikian merupakan kali pertama diadakan di peringkat Persekutuan.