Kematian kanak-kanak tercekik gula-gula kenyal tiada unsur jenayah - Polis

Mohamad Fahmi berusia 10 tahun yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HPP menghembuskan nafas terakhirnya pada jam kira-kira 11 malam Khamis.
Mohamad Fahmi berusia 10 tahun yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HPP menghembuskan nafas terakhirnya pada jam kira-kira 11 malam Khamis.
A
A
A

GEORGE TOWN - Polis mengesahkan kematian murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, laporan tersebut diperolehi selepas bedah siasat dijalankan ke atas mayat mangsa.

"Berdasarkan laporan awal bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik di Hospital Pulau Pinang pagi ini mendapati, tiada unsur jenayah ditemui.

"Bagaimanapun, saya masih menunggu laporan lengkap punca sebenar mangsa meninggal dunia.

"Setakat ini polis klasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Mohamad Fahmi berusia 10 tahun yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HPP menghembuskan nafas terakhirnya pada jam kira-kira 11 malam Khamis.

Jenazah akan dikebumikan di kampung nenek arwah di Jalan Pekan Darat, Permatang Binjai, Penaga pada Jumaat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Mohamad Fahmi berada dalam keadaan kritikal di HPP selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.

Mangsa sebelum itu dilaporkan tidak sedarkan diri ketika mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa dikatakan meminta izin daripada gurunya untuk ke tandas selepas dia dikatakan tersedak.

Bagaimanapun, ketika berjalan ke tandas, mangsa rebah dan tidak sedarkan diri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!