JPN kerjasama dengan PBT pantau peniaga di luar sekolah

Laporan Sinar Harian mengenai seorang kanak-kanak meninggal dunia akibat tercekik gula-gula kenyal.
Laporan Sinar Harian mengenai seorang kanak-kanak meninggal dunia akibat tercekik gula-gula kenyal.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diarahkan agar bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memantau penguatkuasaan terhadap penjaja dan peniaga di luar premis sekolah.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan menegaskan walaupun penjaja dan peniaga di luar premis sekolah adalah di luar bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), keselamatan murid perlu diberi perhatian.

Ia selaras dengan Garis Panduan Penguatkuasaan Larangan Penjualan Makanan dan Minuman di Luar Pagar Sekolah Oleh Pihak Berkuasa Tempatan (Edisi Kedua 2021).

"JPN dan pihak sekolah juga diingatkan untuk menghubungi PBT jika berlaku penjualan makan dalam radius 40 meter daripada pagar sekolah," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian susulan insiden murid darjah empat, Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, yang maut selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.

Difahamkan, murid berkenaan membeli gula-gula berkenaan daripada sebuah kedai runcit yang berhampiran dengan sekolah ketika mengikuti kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang.

Tambah Azman, kementerian sentiasa berusaha memastikan aspek keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!