MAIK galak hufaz tempatan jadi imam solat tarawih

MAIK menggalakkan masjid di bawah seliaannya menggunakan khidmat penghafaz al-Quran tempatan sebagai imam solat tarawih sepanjang Ramadan tahun ini. - Gambar hiasan
MAIK menggalakkan masjid di bawah seliaannya menggunakan khidmat penghafaz al-Quran tempatan sebagai imam solat tarawih sepanjang Ramadan tahun ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menggalakkan masjid di bawah seliaannya menggunakan khidmat penghafaz al-Quran tempatan sebagai imam solat tarawih sepanjang Ramadan tahun ini.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, bagaimanapun MAIK tiada halangan jika pihak masjid memilih imam dari luar yang berkelayakan.

"Pemilihan imam bergantung pada ahli jawatankuasa masjid dan kita juga tidak menyekat untuk mengambil mana-mana imam yang sesuai," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Laporan Khas Kutipan dan Agihan Zakat MAIK Bagi Tahun 2024.

Tengku Mohamad Rizam berkata, ramai penghafaz al-Quran dari negeri ini juga mampu memimpin solat tarawih.

"Pada masa sama tanggungjawab itu turut memberi rezeki kepada hufaz berkenaan," katanya.

Tengku Mohamad Rizam sebelum itu menyampaikan sumbangan kepada golongan yang layak menerima sumbangan zakat MAIK.

Antara yang layak menerima manfaat zakat MAIK ialah pelajar institusi pengajian tinggi, warga emas, ibu tunggal dan anak yatim.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!