Guna pas lawatan sosial baiki bot di Malaysia

Mohamed Yusoff Khan (berdiri) bertanya sesuatu kepada Mat (duduk, kiri) yang ditahan dalam operasi pada Rabu.
Mohamed Yusoff Khan (berdiri) bertanya sesuatu kepada Mat (duduk, kiri) yang ditahan dalam operasi pada Rabu.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang nelayan yang mengaku dari Pattani, Thailand ditahan selepas dipercayai memasuki negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial.

Lelaki dikenali sebagai Mat, 43, itu memberitahu datang ke negara ini bersama rakannya dikenali sebagai Awie, 39, untuk membaiki bot.

Mat turut memberitahu diupah oleh majikannya untuk membaiki bot nelayan di Jeti Kampung Pak Mayong sebelum ditahan Jabatan Imigresen.

"Saya sudah beberapa kali datang ke sini dan ini kali pertama ditahan pihak berkuasa," katanya.

Katanya lagi, mereka datang ke jeti itu dengan menaiki teksi selepas melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Tumpat.

Dua nelayan berkenaan antara 37 yang ditahan di Jeti Kampung Pak Mayong melalui Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada Rabu.

Dalam operasi bermula jam 8.30 pagi itu, nelayan terbabit gagal melarikan diri daripada anggota dan pegawai Jabatan Imigresen yang melakukan serbuan.

Ada di antara mereka bersembunyi di bahagian belakang bot serta terjun ke dalam sungai namun kesemuanya berjaya dikesan anggota operasi.

Operasi dilakukan di lima jeti pelabuhan bot laut dalam di sekitar Tok Bali.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah Imigresen Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata, seramai 262 warga asing diperiksa.

"Kita menahan 15 warga Myanmar termasuk dua wanita, 11 lelaki warga Vietnam, tujuh lelaki warga Thailand dan masing-masing dua lelaki dari Laos dan Kemboja," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!