Polis siasat individu berpengaruh, media antarabangsa cuba jatuhkan kerajaan

KUALA LUMPUR - Polis menyiasat seorang individu berpengaruh tempatan bersama sebuah agensi media antarabangsa berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, laporan polis itu telah diterima pada Khamis dan siasatan sedang dijalankan bagi meneliti kesahihan dakwaan berkenaan.
"Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohd Khalid menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sementara siasatan dilengkapkan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini.
Ringkasan AI
- Polis menyiasat individu berpengaruh dan agensi media atas dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan
- Siasatan sedang dijalankan untuk meneliti kesahihan dakwaan
- Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang
- Kes disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan
- Mohd Khalid menasihatkan masyarakat agar tidak membuat spekulasi sementara siasatan sedang dilakukan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
