Lelaki dikhuatiri lemas di Empangan Sultan Azlan Shah

Rakan mangsa berjaya diselamatkan anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian. Foto JBPM
Rakan mangsa berjaya diselamatkan anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian. Foto JBPM
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki dikhuatiri lemas dalam kejadian di Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Tambun di sini pada Jumaat.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun pada jam 12.45 tengah malam melibatkan mangsa berusia 32 tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, rakan mangsa berusia 34 tahun berjaya diselamatkan anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian dimaklumkan oleh pihak pengurusan empangan selepas pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat dua lelaki berada di kawasan berkenaan dengan seorang daripadanya tenggelam.

"Seorang mangsa berada di permukaan air dan anggota segera melaksanakan kerja-kerja penyelamatan dengan membaling ‘buoy’ kepada mangsa.

"Mangsa kemudiannya dibawa naik ke pelantar sebelum menggunakan sistem tali untuk dinaikkan ke kawasan atas empangan yang berketinggian kira-kira sembilan meter," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa sedang dilaksanakan dan masih belum ditemui setakat ini.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki dikhuatiri lemas di Empangan Sultan Azlan Shah, Tambun, Ipoh
  • Panggilan kejadian diterima Balai Bomba Tambun pada jam 12.45 tengah malam
  • Rakan mangsa berusia 34 tahun berjaya diselamatkan
  • Pihak pengurusan empangan mengesan dua lelaki melalui CCTV, seorang tenggelam
  • Operasi mencari dan menyelamat untuk mangsa yang belum ditemui masih berlangsung

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!