PGA rampas sisa elektronik, tahan penjaga kilang dalam serbuan

Pegawai JAS memeriksa sisa elektronik (e-waste) dalam serbuan di kilang memproses sisa pelupusan di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II, di sini pada Sabtu. Foto Facebook Briged Tenggara PGA Rasmi

A
A
A

KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki dan merampas sisa elektronik (e-waste) dalam serbuan di kilang memproses sisa pelupusan di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II, di sini pada Sabtu.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, serbuan menerusi Op Hazard itu melibatkan kerjasama Batalion 8 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS), dengan lelaki berusia 47 tahun yang bekerja sebagai penjaga kilang ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 34B(1)(b) & (c) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat enam guni mengandungi sisa elektronik ditemui dalam kilang itu tanpa dokumen sah dengan nilai rampasan hampir RM60,000," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat enam guni mengandungi sisa elektronik ditemui dalam kilang itu tanpa dokumen sah. Foto Facebook Briged Tenggara PGA Rasmi
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat enam guni mengandungi sisa elektronik ditemui dalam kilang itu tanpa dokumen sah. Foto Facebook Briged Tenggara PGA Rasmi

Beliau berkata, suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Chepa untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada JAS Kota Bharu.

"PGA dan JAS akan terus mempergiatkan usaha melupuskan sisa elektronik dengan kaedah yang betul agar kualiti alam sekitar tidak tercemar dengan bahan berbahaya,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!