Jangan sebar berita palsu situasi politik negara

Ayob Khan ( kanan) meneri tongkat kuasa daripada Mohd Kamarudin diperhatikan Mazlan ( tengah) pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor, di sini hari ini.
Ayob Khan ( kanan) meneri tongkat kuasa daripada Mohd Kamarudin diperhatikan Mazlan ( tengah) pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor, di sini hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu di media sosial berhubung situasi ketidaktentuan politik negara pada masa kini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dikhuatiri menjejaskan ketenteraman awam dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Katanya, PDRM mempunyai standard operasi prosedur ( SOP) dalam menangani penyebaran berita palsu dan mengambil tindakan mengikut undang- undang.

"Kita tidak mahu individu, masyarakat atau pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dalam isu politik negara yang sedang bergolak pada masa kini.

"Sejak semalam banyak audio dan video yang tersebar luas oleh pelbagai pihak yang menggambarkan Malaysia ini akan menghadapi isu ketenteraman awam," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor, di sini hari ini.

Ayob Khan
Ayob Khan

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor dan bekas Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.

Ayob Khan merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Johor menggantikan Datuk Kamarudin Md Din yang ditukarkan ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Artikel Berkaitan:

Ayob Khan berkata, beliau akan meneruskan polisi yang baik dan berkesan manakala yang kurang akan ditambah baik.

"Prestasi ditunjukkan Datuk Mohd Kamarudin telah berjaya mengurangkan indeks jenayah di negeri ini.

"Saya akan meneruskan polisi yang bagus, yang bersesuaian dan jika ada kekurangan akan ditambah baik. Selain itu saya juga akan meningkatkan kerjasama dengan masyarakat demi menjamin keharmonian dan keamanan negeri ini," katanya.