124 wartawan terbunuh, Israel bertanggungjawab terhadap 70 peratus kematian

Seramai 124 wartawan daripada 18 negara terkorban pada tahun lalu di mana menyaksikan Israel bertanggungjawab untuk hampir 70 peratus jumlah kematian. Gambar fail
Seramai 124 wartawan daripada 18 negara terkorban pada tahun lalu di mana menyaksikan Israel bertanggungjawab untuk hampir 70 peratus jumlah kematian. Gambar fail
A
A
A

WASHINGTON - Seramai 124 wartawan daripada 18 negara terkorban pada tahun lalu di mana menyaksikan Israel bertanggungjawab untuk hampir 70 peratus jumlah kematian.

Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) berkata, tahun 2024 merupakan tahun paling dahsyat bagi wartawan dan pekerja media sejak jawatankuasa itu mula merekodkan data kematian lebih tiga dekad lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jodie Ginsberg berkata, perang Israel-Gaza telah menyebabkan kematian 85 wartawan di tangan tentera Israel dan menuduh Israel cuba menyekat penyiasatan insiden, mengalihkan kesalahan kepada wartawan dan mengabaikan tugas untuk bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu.

Tentera Israel ketika mengulas berkata, tidak cukup maklumat diberikan mengenai insiden yang didakwa dan oleh itu ia tidak dapat memeriksanya, sambil menambah bahawa ia mengambil semua langkah yang boleh dilaksanakan secara operasi untuk mengurangkan bahaya kepada wartawan dan orang awam.

“Pasukan Pertahanan Israel (IDF) tidak pernah, dan tidak akan sekali-kali, sengaja menyasarkan wartawan," kata IDF.

Jumlah wartawan dan pekerja media yang terbunuh pada 2024 meningkat secara mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini di mana pada tahun 2023 sebanyak 102 terbunuh direkodkan dan 69 kematian pada tahun 2022.

Rekod kematian tertinggi sebelum ini adalah pada tahun 2007, apabila 113 wartawan kehilangan nyawa mereka, hampir separuh akibat Perang Iraq, kata jawatankuasa itu.

Mengulas lanjut CPJ berkata, Sudan dan Pakistan pula merekodkan jumlah kematian wartawan kedua tertinggi tahun lalu.

"Hari ini adalah masa paling berbahaya untuk menjadi wartawan dalam sejarah CPJ.

Artikel Berkaitan:

"Perang di Gaza tidak pernah berlaku sebelum yang memberi kesan terhadap wartawan dan menunjukkan kemerosotan besar dalam norma global dalam melindungi wartawan di zon konflik," kata Ginsberg.

CPJ juga telah mendokumenkan peningkatan yang membimbangkan dalam jumlah pembunuhan yang disasarkan, sambil menambah bahawa sekurang-kurangnya 24 wartawan dibunuh dengan sengaja kerana kerja mereka tahun lepas, antaranya di Haiti, Mexico, Myanmar dan Sudan.

Sekurang-kurangnya kata CPJ, 10 kes pembunuhan disasarkan oleh Israel terhadap wartawan.

Jawatankuasa itu berkata, mereka juga sedang menyiasat 20 pembunuhan lain di mana Israel mungkin secara khusus menyasarkan wartawan.

Israel berikrar untuk menghapuskan Hamas sejak serangan Oktober 2023 di mana 1,200 orang terbunuh, kebanyakannya orang awam, dan 251 dijadikan tebusan, menurut pengiraan Israel.

Lebih 48,000 orang, kebanyakannya orang awam, telah terbunuh dalam serangan balas Israel, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

CPJ juga mendedahkan, sekurang-kurangnya enam wartawan dan pekerja media telah terbunuh setakat ini pada 2025.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!