Maut dalam perjalanan ke tempat kerja

Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan hingga terbabas di KM11, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, pada Ahad. Foto IPD Seri Alam
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan hingga terbabas di KM11, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, pada Ahad. Foto IPD Seri Alam
A
A
A

JOHOR BAHRU - Perjalanan seorang lelaki ke tempat kerjanya bertukar tragedi apabila maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan hingga terbabas di Kilometer (KM) 11, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, kejadian dipercayai berlaku pada jam 5.45 pagi ketika lelaki berusia 33 tahun itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Singapura.

“Siasatan mendapati lelaki terbabit menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dari Taman Desa Cemerlang menghala ke Singapura.

“Ketika tiba di lokasi, lelaki tersebut hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang lampu di sebelah bahu kiri jalan.

Keadaan motosikal mangsa selepas terbabas dan melanggar tiang lampu. Foto IPD Seri Alam
Keadaan motosikal mangsa selepas terbabas dan melanggar tiang lampu. Foto IPD Seri Alam

“Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi,” katanya.

Mohd Sohaimi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dengan melulu atau membahayakan hingga menyebabkan kematian.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang memiliki sebarang maklumat boleh menghubungi polis di talian 07-3864222 bagi membantu siasatan.

"Polis turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berjaga-jaga dan serius dalam pemanduan dengan mematuhi peraturan serta undang-undang jalan raya dan kod lalu lintas," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!