Banjir: Pengusaha pelancongan tutup aktiviti, inap desa turut terjejas

Kakitangan Koperasi Pelancongan Mukim Batu Putih Kinabatangan Bhd (KOPEL) mengalihkan peralatan ke tempat selamat selepas limpahan air dari Sungai Kinabatangan memasuki dewan makan pusat pelancongan itu ketika tinjauan di Kampung Mengaris 1, pada Khamis. Foto Bernama

A
A
A

KINABATANGAN - Koperasi Pelancongan Mukim Baru Puteh Kinabatangan (Kopel) Bhd menutup semua aktiviti ekopelancongan khususnya membabitkan kawasan sekitar Sungai Kinabatangan yang terjejas banjir sejak 3 Februari lepas.

Pengurus Besar Kopel, Saidal Udin berkata, pihaknya akan menukar tarikh baharu bagi tempahan pelancong yang sepatutnya beroperasi ketika ini.

"Fenomena banjir ini jarang berlaku, SOP dan penilaian semula yang menanda araskan sama ada kita boleh jalankan aktiviti pelancongan atau tidak. Jadi kita ambil inisiatif demi keselamatan pelancong yang menjadi keutamaan dan kita tutup buat sementara waktu aktiviti pelancongan.

Pengurus Besar Koperasi Pelancongan Mukim Batu Putih Kinabatangan Bhd (KOPEL) Saidal Udin (kiri) membantu kakitangan resort mengalihkan bot dari tebing Sungai Kinabatangan selepas air sungai melimpah ketika tinjauan di Kampung Mengaris 1, pada Khamis. Foto Bernama

"Di Kopel ini, tempahan pelancong yang kita terima 90 peratus dari luar negara, kebanyakan pelancong dari Eropah dan Australia,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, beliau berharap pihak berkuasa dapat memikirkan cara untuk membantu pemain industri pelancongan di daerah berkenaan.

Pengusaha inap desa di Kampung Mengaris 1, Jamali Askal, 62, yang mengusahakan penginapan itu sejak tahun 2000 berkata, paras air banjir pada kali ini lebih tinggi, berbanding sebelum ini air tidak sampai ke kawasan rumahnya.

"Harap pihak berwajib dapat membantu pengusaha inap desa yang terjejas banjir, memang ada tempahan yang dibatalkan sebab aktiviti pelancongan tidak dapat dijalankan. Kami sentiasa menerima tempahan pelancong pada setiap bulan, cuma kali ini tempahan itu terpaksa dibatalkan.

"Kopel juga tidak beroperasi, jadi kami tidak menerima pelancong dan aktiviti pelancongan ditutup,” katanya sambil memaklumkan konsep inap desa di kampung itu adalah pelancong akan tinggal bersama tuan rumah.

Artikel Berkaitan:

Dua kakitangan Koperasi Pelancongan Mukim Batu Putih Kinabatangan Bhd (KOPEL) menyusun bot pelancong selepas pusat pelancongan itu menutup operasi buat sementara berikutan banjir dari limpahan Sungai Kinabatangan di Kampung Mengaris 1 ketika tinjauan, pada Khamis. Foto Bernama

Seorang lagi pengusaha inap desa Johan Unus, 44, berkata, rata-rata pemilik penginapan di Kampung Mengaris terjejas dari segi pendapatan berikutan banjir, yang menyebabkan segala aktiviti pelancongan dihentikan atas faktor keselamatan.

"Tempahan pelancong kalau setakat inap desa boleh lagi, tapi pelancong ini mahu melakukan aktiviti hutan dan sungai. Oleh kerana banjir, semua aktiviti terpaksa ditolak oleh Kopel demi keselamatan pelancong. Jadi kita secara langsung turut terjejas,” katanya.

Johan berkata, sebelum ini pernah berlaku banjir tetapi paras air itu tidak setinggi banjir pada kali ini, dan berharap pihak berkuasa dapat membantu pemain industri pelancongan yang terjejas sumber pendapatan mereka akibat banjir. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!