Anthony Loke pertikai niat Pengerusi PAC

Anthony
Anthony
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mempersoalkan niat sebenar Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memanggil beliau memberi keterangan berhubung dakwaan kerugian RM500 juta dalam perjanjian penswastaan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

MAHB
MAHB

Memetik laporan FMT, Anthony mendakwa, kenyataan Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin itu mungkin mempunyai unsur politik dan menyifatkan tindakan Ketua Wanita Bersatu tersebut cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap dirinya.

Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP turut mempersoalkan kaitan Kementerian Pengangkutan dengan isu berkenaan sedangkan MAHB sebuah syarikat tersenarai di bursa saham.

“Saya tidak pasti sama ada beliau tidak faham atau sengaja berpura-pura tidak faham. Sangat jelas bahawa ini adalah isu ekuiti dan tiada kaitan dengan kementerian.

“Pengerusi PAC perlu bersikap adil. Beliau mungkin cuba meletakkan kesalahan pada DAP kerana Menteri Pengangkutan datang daripada parti itu. Semua salah kami,” katanya dalam sidang media pada Rabu.

Terdahulu, Mas Ermieyati dilapor tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa individu penting termasuk Anthony berhubung dakwaan kerugian berkenaan yang melibatkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah itu berkata, Anthony bersama individu-individu lain akan dipanggil untuk memberi keterangan secara berperingkat dalam prosiding yang dijadualkan bermula minggu kedua bulan ini.

Media turut melaporkan bahawa beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik telah mendesak KWSP memberikan penjelasan mengenai penjualan saham MAHB yang dimilikinya pada Januari 2023 pada harga sekitar RM6.74 sesaham.

Artikel Berkaitan:

Mereka juga mempertikaikan tindakan KWSP yang membeli semula saham tersebut pada harga tawaran RM11 sesaham dalam usaha menswastakan MAHB.

Dalam pada itu, MCA meminta kerajaan segera menyiasat penjualan saham syarikat penerbangan awam tersebut yang menyebabkan KWSP kini hanya memegang lima peratus saham dalam MAHB.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!