Setengah jam kumpul 181.6kg sampah

Abdul Rahman (tengah) menunjukkan bubu naga yang dijumpai sekitar tukun kelong di Pantai BNO sempena program Save Our Sea hari ini.
Abdul Rahman (tengah) menunjukkan bubu naga yang dijumpai sekitar tukun kelong di Pantai BNO sempena program Save Our Sea hari ini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Sebanyak 181.6 kilogram (kg) sampah berjaya dikutip hanya dalam tempoh setengah jam menerusi program Save Our Sea.

Program itu merupakan anjuran Jabatan Perikanan Selangor bersama ahli myKomuniti Perikanan (myKP) di Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO) di sini hari ini.

Pengarah Perikanan Selangor, Abdul Rahman Abdul Wahab berkata, program itu bertujuan mengutip sampah dan mendidik masyarakat menjaga kebersihan di kawasan pantai itu.

Menurutnya, selain itu, seramai tujuh penyelam membersihkan tukun berhampiran kelong rekreasi memancing di kawasan terbabit.

“Objektif program ini adalah untuk memupuk sifat tanggungjawab dalam kalangan masyarakat dan kakitangan menjaga alam sekitar,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 50 pokok bakau ditanam di perairan Pantai BNO bagi membantu melestarikan ekosistem bakau yang menjadi habitat dan pembiakan ikan dan menghalang hakisan pantai.

Sementara itu, ahli myKP BNO yang juga nelayan, Mohd Fadil Rusni, 43, berkata, Pantai BNO adalah kawasan yang sering menjadi tumpuan pengunjung.

“Biasanya pengunjung akan mengambil peluang berkunjung ke kawasan pantai menikmati keindahan dan bergambar.

Artikel Berkaitan:

“Kita bertanggungjawab memastikan pantai bersih sekali gus menjaga keindahan pantai,” katanya.